Volume IV: Society, Culture, and Local Ecological Wisdom

Penggunaan Ḥiyal dan Makhārij dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Awal dari Perspektif Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation, VBI)

  • Mohd Hafiz Jamaludin Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohd Zaidi Daud Universiti Malaya, Malaysia
  • Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohamad Hud Saleh Huddin Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Malaysia

Keywords

Tawarruq; Hiyal; Makharij; Perbankan Islam; Pengantaraan Berasaskan Nilai.


Abstract

Perkembangan industri perbankan Islam di Malaysia telah menyaksikan penggunaan kontrak-kontrak yang berfungsi sebagai mekanisme penyelesaian bagi memenuhi keperluan pasaran kewangan moden. Antara kontrak yang mendapat perhatian ialah tawarruq yang sering dikaitkan dengan elemen ḥiyal dan makhārij. Walaupun kontrak ini diterima secara meluas oleh institusi perbankan Islam, penggunaannya terus menjadi perbahasan dalam kalangan sarjana Syariah, khususnya berkaitan sejauh mana ia menepati objektif Syariah dan tidak sekadar memenuhi keperluan pematuhan kontrak secara formal. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meninjau penggunaan ḥiyal dan makhārij dalam sistem perbankan Islam di Malaysia daripada perspektif Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation, VBI) yang menekankan pencapaian maslahah, pencegahan mafsadah dan realisasi Maqaṣid Syarīah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen terhadap garis panduan VBI yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia, laporan prestasi VBI industri perbankan Islam serta dapatan kajian berkaitan produk deposit berasaskan tawarruq di institusi perbankan Islam Malaysia. Analisis tertumpu kepada hubungan antara penggunaan ḥiyal dan makhārij dengan prinsip-prinsip utama VBI seperti keadilan, ketelusan, pengurusan risiko berasaskan impak, serta pencapaian manfaat sosial dan ekonomi. Dapatan awal menunjukkan bahawa penggunaan kontrak tawarruq dalam produk deposit perbankan Islam mengandungi elemen ḥiyal yang diterima sebagai makhraj Syar’i bagi memenuhi keperluan operasi industri dan kehendak pelanggan. Penerimaan tersebut didasarkan kepada pertimbangan maslahah, pematuhan terhadap parameter Syariah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, serta kewujudan mekanisme tadbir urus dan kawalan risiko yang komprehensif. Dari perspektif VBI, penggunaan ḥiyal dan makhārij boleh dianggap selaras dengan maqāṣid al-sharī‘ah sekiranya ia tidak sekadar bertujuan memenuhi kehendak kontrak secara zahir, bahkan turut menyumbang kepada pencapaian impak positif kepada pelanggan, institusi dan masyarakat. Namun demikian, kajian ini turut mendapati bahawa penilaian terhadap penggunaan ḥiyal perlu melangkaui aspek kesahan kontrak semata-mata dengan mengambil kira dimensi impak, ketelusan dan keadilan yang menjadi teras VBI. Kajian ini menyumbang kepada perbincangan semasa mengenai transformasi perbankan Islam daripada pendekatan pematuhan Syariah yang bersifat legalistik kepada pendekatan berasaskan nilai dan impak yang lebih menepati aspirasi Maqaṣid Syarīah.


References

  1. Abdul Hakam Ridhwan. (2012). Aplikasi Konsep Tawarruq Dalam Produk FRIA-I di CIMB Islamic Berhad. Disertasi Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  2. Abdulazeem Abozaid. (2017). "The Internal Challenges Facing Islamic Finance Industry". ISRA International Journal of Islamic Finance, 9(2), 190-195.
  3. Abū Ishaq al-Shāṭibi. (1999). Al-Muwāfaqat fī Uṣūl al-Sharī‘ah. Beirut: Dār al-Ma‘rifah.
  4. Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI). (2015). Shari’ah Standards. Bahrain: AAOIFI.
  5. Al-Sarakhsi, Shams al-Dīn. (2000). Al-Mabsuṭ. Beirut: Dār al-Fikr.
  6. Asmak Ab Rahman & Shamsiah Mohamad. (2010). "Bay` al-Tawarruq dan Aplikasinya Dalam Pembiayaan Peribadi di Bank Islam Malaysia Berhad". Jurnal Syariah, 18(2), 333-360.
  7. Asyraf Wajdi Dusuki. (2010). "Can Bursa Malaysia’s Suq al-Sila‘ (Commodity Murabahah House) Resolve the Controversy Over Tawarruq?". ISRA Research Paper, No. 2/2009.
  8. Azman Mohd Noor & Nur Farhah Mahadi. (2018). "A Review of Commodity Murabahah Transaction as Offered By Bursa Malaysia: A Critical Analysis From Fiqh Perspective". Diambil daripada http://irep.iium.edu.my.
  9. Bank Negara Malaysia (BNM). (2019). Value-based Intermediation Financing and Investment Impact Assessment Framework (VBIAF) Guidance Document. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
  10. Bank Negara Malaysia. (2010). Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam. Kuala Lumpur: BNM.
  11. Bank Negara Malaysia. (2015). Tawarruq Policy Document. Diambil daripada laman sesawang BNM.
  12. Ellida Fauziah Ahmad et al. (2017). "Tawarruq as a Product for Financing within the Islamic Banking System: A Case Study of Malaysian Islamic Banking System". International Journal of Management and Applied Research, 4(1), 31-43.
  13. Hussein Azeemi. (2014). Perlaksanaan Akad Pembiayaan Peribadi–i Tawarruq di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Tesis Sarjana, Universiti Malaya.
  14. Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. (1993). I‘lām al-Muwāqi‘īn ‘an Rabb al-‘Ālamīn. Beirut: Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.
  15. Ibn Nujaym, Zayn al-‘Ābidīn. (1983). Al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir. Damsyik: Dār al-Fikr.
  16. Ibn Taymiyyah, Taqī al-Dīn Aḥmad. (1987). Al-Fatāwā al-Kubrā. Beirut: Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.
  17. ISRA (Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam). (2010). hiyal dan Makharij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-4, Putrajaya.
  18. Majlis Penasihat Syariah BNM. (2018). "Combination of Exchange Contract with Loan Contract (Bai` Wa Salaf)". Diambil daripada SAC Updates.
  19. Mohd Izuwan Mahyudin. (2015). Aplikasi Tawarruq dalam Sistem Perbankan Islam: Kajian di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Tesis Sarjana, Universiti Malaya.
  20. Muhammad Ibn Ḥasan al-Syaibāni. (1999). Al-Makhārij fī al-Ḥiyal. Kaherah: Maktabah al-Thaqāfah al-Dīniyyah.
  21. Muhammad Izzul Syahmi bin Zulkepli. (2020). Produk Deposit Berasaskan Tawarruq di Perbankan Islam Malaysia: Analisis Terhadap Elemen Ḥiyal. Tesis Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  22. Muhammad Tahir Mansoori. (2011). "Use of Hiyal in Islamic Finance and its Shari’ah Legitimacy". Journal of Islamic Business and Management, 1(1), 70-92.
  23. Wahbah al-Zuḥailī. (2007). Uṣūl al-Fiqh al-Islāmī. Damsyik: Dār al-Fikr.
  24. Zulkifli Hasan. (2016). "From Legalism to Value-Oriented Islamic Finance Practices". Humanomics, 32(4), 437-458.
  25.  
Scroll to Top