Volume II: Law, Policy, and Ecological Justice

Meneliti Kedudukan Harta Digital dalam Takrifan Harta Berdasarkan Perspektif Fiqh Islam serta Kesesuaiannya untuk Dimasukkan dalam Kategori Harta Sepencarian

  • Muhammad Syamim Hasri Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohd Norhusairi Mat Hussin Universiti Malaya, Malaysia

Keywords

Harta Digital, Al-Mal, Ketahanan Budaya, Harta Sepencarian, Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia.


Abstract

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan pelbagai bentuk aset baharu yang dikenali sebagai harta digital, merangkumi mata wang kripto (Bitcoin, Ethereum), dompet elektronik (e-wallet), dan sebagainya. Kewujudan aset-aset ini telah menimbulkan persoalan signifikan dalam konteks undang-undang keluarga Islam di Malaysia, khususnya mengenai kedudukannya sebagai harta (al-mal) yang sah di sisi syarak dan kesesuaiannya untuk dituntut sebagai harta sepencarian. Penulisan ini bertujuan untuk meneliti konsep harta (al-mal) dalam fiqh Islam serta menganalisis sejauh mana harta digital memenuhi kriteria untuk diiktiraf sebagai harta yang boleh dimasukkan dalam kategori harta sepencarian. Dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan terhadap sumber-sumber fiqh klasik dan kontemporari, fatwa serta literatur akademik. Kajian ini mendapati bahawa harta digital yang mempunyai nilai ekonomi yang jelas, boleh dimiliki dan dikuasai serta memberikan manfaat yang diharuskan dan memenuhi kriteria sebagai harta al-mutaqawwim (harta bernilai yang boleh dimiliki) di sisi syarak. Prinsip uruf dan maslahah membolehkan takrifan harta diperluas untuk merangkumi aset digital kontemporari selagi tidak bercanggah dengan nas. Justeru, harta digital yang diperoleh atau berkembang nilai hasil usaha bersama semasa perkahwinan adalah layak untuk dituntut sebagai harta sepencarian. Pengembangan harta sepencarian kepada harta digital menzahirkan ketahanan budaya kerana ia mempertahankan maruah adat tempatan di tengah persaingan antara pelbagai bentuk pemilikan aset, data dan sumber ekonomi yang dipacu oleh platform digital global. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengiktirafan harta digital sebagai harta sepencarian adalah selaras dengan maqasid syariah dalam memelihara harta (hifz al-mal) dan menegakkan keadilan, namun memerlukan reformasi perundangan dan garis panduan prosedur khusus bagi menangani cabaran-cabaran yang timbul. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada penggubal undang-undang, hakim Mahkamah Syariah


References

  1. Abd Latif, A. A., & Ahmad, S. (2022). Kontroversi manfaat dalam perisian aplikasi e-wallet [Interest’s controversy in e-wallet application]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 5(2), 51–65.
  2. Abd Wahab, N., Katuk, N., Hussain, M. A., Zainol, Z., Maamor, S., & Kamis, N. S. (2024). A proposed framework of Islamic inheritance and estate planning of digital assets: The Malaysian case of crypto assets. ISRA International Journal of Islamic Finance, 16(2), 45–64. DOI: 10.55188/ijif.v16i2.713
  3. Abdullah, R., Martinez, P., & Mohd. Radzi, W. (2010). Islam and adat: Considering the wife's moral contribution in the division of harta sepencharian in Malaysia. Indonesia and the Malay World, 38(111), 161–180. DOI: 10.1080/13639811.2010.489349
  4. Al-Amānah al-ʿĀmah li al-Awqāf. (2017). Mudawwanah aḥkām al-waqf al-fiqhiyyah (Vol. 1). Al-Amānah al-ʿĀmah li al-Awqāf.
  5. Al-Zarkasyi, B. M. B. (1982). Al-Manthūr fī al-qawāʿid (Vol. 3). Wizārah al-Awqāf.
  6. Al-Zuhayli, W. (1985). Al-fiqh al-Islāmī wa adillatuhu (Vol. 4). Dār al-Fikr.
  7. Aziz, N. A., Ibrahim, I., & Mat Hussin, M. N. (2019). Harta sepencarian/aset perkahwinan bagi pembubaran perkahwinan di bawah Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 serta Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Journal of Shariah Law Research, 4(1), 1–26. DOI: 10.22452/JSLR.vol4no1.1
  8. Bandaso, T. I., Randa, F., & Mongan, F. F. A. (2022). Blockchain technology: Bagaimana menghadapinya?—Dalam perspektif akuntansi. Accounting Profession Journal, 4(2), 97–115. DOI: 10.35593/apaji.v4i2.55
  9. Bank Negara Malaysia. (2025, January 31). Electronic money (e-money): Policy document.
  10. Fihri, A. (2017). Harta dalam pemanfaatan filantropi Islam. Al-Urban, 1(2), 125–137.
  11. Hamja, S. A., & Shamsuddin, A. (2024). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-wallet di Batu Pahat. Research in Management of Technology and Business, 5(1), 709–724.
  12. Hussin, M. N. M., & Daud, M. Z. (2020). Sejarah dan perkembangan amalan pembahagian harta sepencarian dalam masyarakat Islam di Malaysia. Journal of Al-Tamaddun, 15(2), 95–113. DOI: 10.22452/JAT.vol15no2.8
  13. Ibn al-ʿArabi, A. B. M. bin A. (2003). Aḥkām al-Qurʾān (3rd ed., Vol. 2). Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
  14. Ibn Manzur. (n.d.). Lisān al-ʿArab (Vol. 6). Dār al-Maʿārif.
  15. Ibn Qudamah, M. al-D. A. A. bin A. (2000). Al-Muqniʿ fī fiqh Imām Aḥmad bin Ḥanbal. Maktabah al-Suwadi.
  16. Islam, M. W. (1999). Al-Mal: The concept of property in Islamic legal thought. Arab Law Quarterly, 14(4), 361–368. DOI: 10.1163/026805599125826552
  17. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2022). Mata wang kripto (cryptocurrency): Satu analisa syarak. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  18. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2022, January 5). Penggunaan e-wallet mengikut perspektif syarak.
  19. Jabatan Mufti Negeri Perak. (2021). Urus niaga menggunakan mata wang digital (mata wang kripto/cryptocurrency). Jabatan Mufti Negeri Perak.
  20. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2019, December 3). Fatwa Bitcoin. Jabatan Mufti Negeri Perlis.
  21. Kalsum, N. U., Abdullah, I., Suprianto, B., & Rachmadini, N. (2026). Digital transformation and co-existence of Malay culture in the new media era. Cogent Arts & Humanities, 13(1), Article 2606864. DOI: 10.1080/23311983.2025.2606864
  22. Kementerian Kewangan Malaysia. (2020, January 15). Program e-Tunai Rakyat.
  23. Lembaga Zakat Selangor. (n.d.). Hukum zakat mata wang kripto dan aset digital.
  24. Mantri, Y. M. (2021). Digitalisasi bahasa daerah sebagai upaya meningkatkan ketahanan budaya daerah. TEXTURA, 2(2), 67–83.
  25. Masrur, M. (2017). Konsep harta dalam Al-Qur’an dan Ḥadis. Jurnal Hukum Islam, 15(1), 95–128. DOI: 10.28918/jhi.v15i1.801
  26. Mazlan, M. F., & Muda, M. Z. (2020). Tinjauan literatur kedudukan hak cipta sebagai harta sepencarian [Literature review on the position of copyright as matrimonial property]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(2), 99–109.
  27. Muslim ibn al-Ḥajjāj. (1998). Ṣaḥīḥ Muslim. Bait al-Afkar al-Dauliyyah.
  28. Nakamoto, S. (2008). Bitcoin: A peer-to-peer electronic cash system.
  29. Noor, K. A. M., & Yusoff, A. F. J. (2022). Status patuh Syariah e-money bagi akaun e-wallet popular di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 7(2), 11–18.
  30. Nor Azelan, S. H., Ab Rahman, A., & Mohd Noh, M. S. (2023a). Konsep mata wang kripto sebagai mata wang dari perspektif Syariah: The concept of cryptocurrency as a currency from a Shariah perspective. Al-Basirah Journal, 13(1), 13–24. DOI: 10.22452/basirah.vol13no1.2
  31. Nor Azelan, S. H., Ab Rahman, A., & Mohd Noh, M. S. (2023b). Konsep mata wang menurut Syariah dan hubungannya dengan mata wang kripto: The concept of money in the Shariah and its relation to cryptocurrency. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 20(1), 79–95. DOI: 10.33102/jmifr.496
  32. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2025, July 18). Irsyad Hukum Siri Ke-918: Penggunaan e-wallet dari perspektif syarak.
  33. Ramjit, D.-M. (2025). Global diplomacy in a multipolar era. Law, Economics and Society, 1(1), 107. DOI: 10.30560/les.v1n1p107
  34. Ramli, W. N. W., Abdul Halim, H. H., Ismail, N. F., & Othman, S. (2021). The application of e-wallet in Malaysia: An analysis of Shariah point of view. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 23(2), 44–54.
  35. Risky, B. (2020). Konsep pembagian harta bersama menurut hukum Islam dan undang-undang perkawinan. Lentera: Indonesian Journal of Multidisciplinary Islamic Studies, 2(1), 63–74. DOI: 10.32505/lentera.v2i1.2115
  36. Saadan, M. K. K., & Batcho, F. K. (2022). Faraid aset digital di Malaysia. In Proceedings of the 6th Muzakarah Fiqh & International Conference 2022 (pp. 81–91).
  37. Sahid, M. M., Gunardi, S., & Zahalan, N. M. H. (2020). Konsep uruf dan maslahah sebagai sumber rujukan: Status wanita terhadap harta sepencarian dalam perundangan Islam di Malaysia. ‘Abqari Journal, 23(2), 139–156. DOI: 10.33102/abqari.vol23no2.357
  38. Securities Commission Malaysia. (n.d.). Digital assets. Retrieved June 20, 2026.
  39. Securities Commission Malaysia. (2026, July 20). List of registered digital asset exchanges.
  40. Tarmizi, L. (2018, November 15). Bayan Linnas Siri Ke-153: Hukum penggunaan mata wang Bitcoin. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
  41. Za, M. A. S. (2016). Konsep harta perspektif ekonomi Islam. Akademika, 10(2), 264–278.
  42. Zakaria, A. A., Zakaria, A. N., Syaril Azuan, D. A., Kamaruzaman, Y. N., Ghazalie, N., & Che Man, N. (2025). Unsur gharar dalam e-wallet mengikut perspektif Syariah. Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance, 7(1), 85–93. DOI: 10.24191/JIPSF/v7n12025_85-93
  43. Zakat Perak al-Ridzuan. (n.d.). Zakat aset digital. Retrieved June 21, 2026.
Scroll to Top